TIPS UNTUK RAMBUT GUGUR KRONIK
assalamualaikum... haaa seperti yang dijanjikan...che nor nak share usaha yang sedang che nor buat untuk mengurangkan masalah rambut gugur tahap kronik ni??... "kronik sangat ke????"... ye dik non....sangat-sangat kronik..menjadi mimpi ngeri setiap hari bila tengok rambut yang gugur tak kira masa..tak kira tempat... bahan-bahan ; YOGURT ( pastikan yang ORIGINAL k ) MINYAK MASAK ( kalau nak pakai MINYAK ZAITUN pun boleh ) MADU caranya ; 1) 2 sudu makan (penuh) YOGURT 2) 1 sudu makan (penuh) MINYAk MASAK 3) 2 sudu makan (penuh) MADU **semua sukatan ni ikut pada panjang rambut masing-masing la ye...ni che nor punya bancuhan..cuma jangan terlalu cair..kalau cair buh yogurt lagi... >> kacau rata bahan-bahan tadi >>ambil tuala kecil / besar (ikut saiz bahu masing-masing), letakkan pada bahu (macam nak potong rambut kat kedai tu..ni untuk mengelakkan dari baju kotor..kalau tak mau pun tak pe... >>bahagikan rambut kepada dua bahagian >...