HALBA (Fenugreek)
Dalam masyarakat kita terutamanya Melayu dan India, halba merupakan salah satu rempah yang digunakan dalam masakan seharian. Terutamanya untuk masak kari kan. Bagi naik aromanya. Hehehe.. Tapi tahukah anda yang halba nie sebenarnya banyak khasiatnya selain untuk masakan?.
Halba ataupun fenugreek ataupun nama saintifiknya adalah Trigonella Foenum-Graecumadalah satu pokok. Bijinya digunakan untuk dimasak ataupun untuk kesihatan badan.
Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Disebabkan banyak vitamin dan mineral dalam halba, ia digunakan untuk merawat ataupun mencegah penyakit yang kritikal.
Khasiat yang terkandung dalam halba adalah:
1. Selalu kita dengar petua orang lama yang halba membantu untuk mengalakkan aliran susu badan.
Kira untuk bagi susu banyak la.Kerana halba mengandungi phytoestrogens iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang pengeluaran susu badan.
2. Halba boleh bantu masalah sengugut
Bagi mereka yang mengalami sengugut, halba yang dipanaskan dijadikan sebagai tuam pada abdomen untuk melegakan kesakitan sengugut.
3. Halba juga mampu untuk membantu diabetes.
Cara bertindak adalah dengan memperlahankan penyerapan guladi dalam perut dan merangsang insulin.
4. Bertindak sebagai julap (laxative) dengan membersihkan dan melancarkan perjalanan dalam usus.
Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.
5. Mampu mengurangkan demam dan sakit tekak iaitu dengan meminum air rebusan halba.
Selain itu, mampu untuk mengurangkan mukus dalam hidung dan secara tidak langsung mengurangkan masalah resdung dan asma.
6. Boleh kurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.
Keradangan (inflamation) pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit. Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.
7. Bagi perokok tegar, halba boleh membantu dalam masalah berhenti merokok.
Boleh amalkan dengan mengambil campuran halba bersama madu. Ia dikatakan mampu untuk mengurangkan ketagihan merokok. Tetapi perlu diambil secara konsisten la yea
Nota: Tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung untuk mengambil halba dalam dose yang berlebihan daripada biasa. Kerana halba boleh mencetuskan kontraksi (meransang rahim) terutamanya diperingkat awal kandungan.
Bagi mereka yang suka untuk mengamalkan petua-petua orang lama, halba salah satu rempah yang boleh digunakan. Bukan sahaja mewangikan masakan kari tetapi banyak kegunaannya untuk merawat sakit seharian kita.
Comments
Post a Comment