RAMADAN DATANG LAGI
CARA SAMBUT RAMADAN
just sharing...
Dari Ustazah Norhafizah di IKIM
- bila RAMADAN tiba sambutlah dengan sujud syukur...tanda terima kasih pada ALLAH SWT kerana memilih kita untuk terus beribadah dibulan yang mulia ini...
- bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "RAMADAN KAREEM" dan orang yang mendengar menjawab "ALLAHU AKRAM" maksudnya "RAMADAN MULIA" dan jawapannya "ALLAH LEBIH MULIA"
- sambutlah RAMADAN ini dengan wajah yang berseri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dengan selalu berbicara dengan ALLAH SWT walau dalam hati... contohnya...Ya ALLAH aku berpuasa Ya ALLAH...terimala puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya ALLAH
- hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan air bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang ALLAH SWT hendak berikan di bulan yang mulia ini
- moga RAMADAN ini lebih baik dari RAMADAN yang telah lalu...hiasilah diri dengan amalan dan taqwa
- RAMADAN KAREEM untuk sahabat semua
MAAF ZAHIR BATIN
Ibnu Hashim

Comments
Post a Comment